logo pendidikan khas .

PENERANGAN LOGO
LOGO PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MASALAH PEMBELAJARAN
SMK KUDAT II

MOTO:
BERILMU, BERKEMAHIRAN, BERDIKARI
Kata-kata hikmat ini dipetik daripada Falsafah Pendidikan Khas dengan harapan pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Kudat II mendapat manfaat daripada ilmu yang diajar supaya mereka  memperoleh kemahiran dan seterusnya mampu berdikari  dalam menyumbang kepada ekonomi keluarga , masyarakat dan Negara amnya.
Teras utama dalam moto ini ialah berkemahiran. Melalui kemahiran , mereka boleh berdikari  namun sebelum itu mereka perlu menimba ilmu dalam situasi formal.

LAMBANG:
BUKU    : Gambar buku melambangkan ilmu yang perlu dikuasai oleh setiap manusia, khususnya golongan istimewa , dengan ilmu mereka dapat meningkatkan taraf hidup mereka.
PERALATAN : Gambar peralatan  melambangkan simbolik kepada kemahiran - kemahiran yang perlu dicari pelajar khas bagi menonjolkan bakat dan potensi serta mampu bersaing dengan golongan majoriti  dalam menempuh dunia kini yang penuh mencabar.
WANG  : Gambar wang melambangkan simbolik kepada bagaimana pelajar ini boleh berdikari seterusnya membina keyakinan diri dan “self-esteem” pelajar pendidikan khas seterusnya mampu menjana ekonomi sendiri dan keluarga.
PADI  :  Gambar padi pula melambangkan sumber ekonomi negara yang menjadi makanan utama rakyat Malaysia. Selain itu, ia juga melambangkan penerapan nilai-nilai murni yang merujuk kepada pepatah Melayu “ Mengikut resmi padi,semakin berisi semakin tunduk”
KUBAH:  Gambar Kubah melambangkan penerapan nilai-nilai  keagamaan  dalam diri semua pelajar bagi membentuk modal insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani  dan Intelek . Nilai ini juga menjadi tunggak utama dalam aspek spiritual  dan kerohanian.
BENTUK SEPARA BULATAN: Bentuk ini melambangkan  pelajar-pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran   yang merupakan golongan istimewa yang dintegrasikan dalam sekolah aliran perdana . Terdapat juga pelajar yang diinsklusifkan dalam kelas aliran perdana bagi memberi peluang mereka belajar dan bergaul dengan rakan pelajar normal.
PPKI SMK KUDAT II : Singkatan daripada perkataan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Sekolah Menengah Kebangsaan Kudat II.

WARNA:
BIRU
Biru melambangkan perpaduan ,kesepaduan dan kesepakatan pelbagai displin yang terlibat seperti pihak sekolah, pihak ibubapa, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pihak Kesihatan dan komuniti setempat dalam  membantu golongan istimewa ini lebih berkeyakinan seterusnya mendapat peluang bekerjaya serta hidup harmoni dalam masyarakat.

MERAH :
Merah melambangkan  keberanian , keyakinan serta semangat perjuangan yang tinggi dalam kalangan pelajar istimewa  menempuh persaingan dalam  dunia sebenar agar menjadi insan yang mempunyai jati diri yang tinggi serta berdaya tahan dalam menghadapi cabaran globalisasi.

KUNING :
Kuning merupakan warna di raja dan melambangkan kedaulatan  undang-undang negara. Walaupun golongan ini merupakan golongan istimewa mereka perlu memahami  dan  mematuhi arahan, peraturan  dan undang-undang di peringkat sekolah seterusnya  mampu mengikuti dan mengamalkannya dalam persekitaran yang lebih luas.

Keseluruhan logo ini membentuk kepala manusia dengan harapan  pelajar-pelajar pendidikan khas ini menjadi insan yang mampu berdiri sendiri tanpa bergantung harap kepada orang lain bertepatan dengan moto “ Berilmu,Berkemahiran dan Berdikari” .